
Dalam mazhab Syafie, ada beberapa tempat yang dinamakan sebagai منفذ مفتوح iaitu ruang rongga yang terbuka. Sekiranya telah sampai ke batasan tertentu iaitu had batin maka membatalkan puasa menurut ulamak Syafieyah.
Berkenaan mata, ia tidak termasuk dalam ruang rongga yang terbuka. Para fuqaha membahaskan berkaitan hukum bercelak dan sisanya masuk ke dalam mata serta dirasai di bahagian tekak.
Ulamak besar mazhab Syafie iaitu Imam Nawawi (676H) berkata dalam Minhaj al-Thalibin:
ولا الاكتحال وإِن وجد طعمه بحلقهِ
“Dan tidak (membatalkan puasa disebabkan) bercelak walaupun terdapat rasanya pada tekak”
Kesimpulan:
– Tidak membatalkan puasa jika memakai celak pada mata.
– Tidak membatalkan puasa jika menitik ubat pada bahagian mata.
– Mata tidak termasuk dalam ruang rongga terbuka menurut ulamak mazhab Syafie.
Moga bermanfaat.
Sumber : Dr Rozaimi Ramle