عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَنَظَرَ فِي السَّمَاءِ ثُمَّ قَالَ هَذَا أَوَانُ الْعِلْمِ أَنْ يُرْفَعَ
Daripada ‘Auf bin Malik r.a, beliau berkata: Ketika kami duduk-duduk di samping Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam pada suatu hari, baginda memandang ke langit lalu bersabda: “Inilah saatnya ilmu diangkat.”
.
فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ زِيَادُ بْنُ لَبِيدٍ أَيُرْفَعُ الْعِلْمُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِينَا كِتَابُ اللَّهِ وَقَدْ عَلَّمْنَاهُ أَبْنَاءَنَا وَنِسَاءَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ كُنْتُ لَأَظُنُّكَ مِنْ أَفْقَهِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ثُمَّ ذَكَرَ ضَلَالَةَ أَهْلِ الْكِتَابَيْنِ وَعِنْدَهُمَا مَا عِنْدَهُمَا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Lalu seseorang daripada kaum Anshar bernama Ziyad bin Labid bertanya: “Apakah ilmu akan terangkat sedangkan ditengah-tengah kami ada kitab Allah, kami mengajarkannya kepada anak-anak kami dan isteri-isteri kami?”. Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Dulu aku menyangka kamu penduduk Madinah yang paling faham.” Setelah itu baginda menyebutkan kesesatan ahli kitab sedangkan keduanya memiliki kitab Allah ‘azza wajalla yang mereka miliki.
.
فَلَقِيَ جُبَيْرُ بْنُ نُفَيْرٍ شَدَّادَ بْنَ أَوْسٍ بِالْمُصَلَّى فَحَدَّثَهُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ فَقَالَ صَدَقَ عَوْفٌ
Setelah itu Jubair bin Nufair menemui [Syaddad bin Aus] di tempat solat lalu menceritakan hadis daripada ‘Auf bin Malik ini kepadanya, dia berkata: ‘Auf benar.
.
ثُمَّ قَالَ وَهَلْ تَدْرِي مَا رَفْعُ الْعِلْمِ قَالَ قُلْتُ لَا أَدْرِي قَالَ ذَهَابُ أَوْعِيَتِهِ قَالَ وَهَلْ تَدْرِي أَيُّ الْعِلْمِ أَوَّلُ أَنْ يُرْفَعَ قَالَ قُلْتُ لَا أَدْرِي قَالَ الْخُشُوعُ حَتَّى لَا تَكَادُ تَرَى خَاشِعًا
Setelah itu dia bertanya: “Tahukah kamu maksud diangkatnya ilmu?”. Syaddad menjawab: Aku tidak tahu. Jubair berkata: “Hilangnya bekas-bekasnya”. Jubair bertanya: “Tahukah kamu ilmu apa yang pertama akan diangkat? Syaddad menjawab: Aku menjawab: Aku tidak tahu. Jubair menjawab: Khusyuk hingga hampir saja kamu tidak akan melihat orang yang khusyuk. [Musnad Ahmad, no: 23990, Al-Arna’ut menyatakan ia sahih].
.
Imam al-Thahawi berkata:
وإذا لم يكن معهم الخشوع كانت معهم القسوة والاستكبار
Apabila khusyuk tidak bersama dengan mereka, maka yang bersama dengan mereka adalah kekerasan dan kesombongan. [Bayan Musykil al-Atsar, 1:165].
.
Definisi Khusyuk Di Dalam Solat
.
Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk. [Rujuk: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2082-bayan-linnas-siri-ke-82-khusyuk-solat-hukum-dan-cara-mendapatkannya ]
.
Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
.
Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
.
Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
.
Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).
.
Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
.
Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
.
Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)
Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli