Jangan dibaca Al Quran dengan suara kuat di pasar malam dan majlis kenduri kahwin. Di sana bukan tempat yang sesuai kerana Al Quran akan terlihat โmurahโ. Ada yang sedang berbual, ada lagu-laguan, ada pula suara gelak ketawa yang diiringi kelantangan suara penjual atau bentara.
๐น Syeikh Ahmad Husin Abdul Karim di dalam Adab Taamul Maal Quran menyebut :
ููุฅูู ููุงูู ููููุงูู ุนูุฐูุฑู ููุชูุฑููู ุงููุงูุณูุชูู ูุงุนู ูุชูุงูุฉู ุงููููุฑูุขูู ููุนูุฐูุฑู ุงูุณููุงู ูุนู ุจูุชูุฑููู ุงููุงูุณูุชูู ูุงุนู ูู ููุง ููููููู ุขุซู ูุง ุฑูููุนูุง ููููุญูุฑูุฌู ุนููููู ููุงูู ุงูููู ุชูุนูุงููู : ( ููู ูุง ุฌูุนููู ุนูููููููู ู ููู ุงูุฏููููู ู ููู ุญูุฑูุฌู) . ุจููู ุงููุขุซูู ู ูููู ุงููููุงุฑูุฆู ููุฃูููููู ู ูุถููููุนู ููุญูุฑูู ูุฉู ุงููููุฑูุขูู ููู ููู ุฃูู ูุซูููุฉู ุงููุนูุฐูุฑู ุฃููู ุชูููุนู ุงูุชูููุงููุฉู ุจูุตูููุชู ู ูุฑูุชูููุนู ููู ุฃูู ูุงูููู ุงููุงูุดูุชูุบูุงูู…
โJika di sana terdapat keuzuran untuk meninggalkan mendengar pembacaan Al Quran, maka diberikan keringanan kepada pendengar untuk meninggalkannya, dan dia tidak berdosa atas sebab (illah) mengangkat kesukaran. Allah berfirman (Al Hajj ayat 78) : โTidaklah Allah menjadikan bagi kamu pada urusan agama itu dari kesukaranโ ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ผ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ถ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ, ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ธ๐ฒ๐บ๐๐น๐ถ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป. Dan contoh keuzuran itu ialah, bacaan dengan suara kuat itu di tempat kesibukanโฆโ
๐น Beliau sebelumnya menyebutkan tiga pendapat tentang masalah mendengar Al Quran di luar solat dengan maksud kita bukan sedang solat :
1- Wajib.
2- Fardhu kifayah di sisi sebahagian ulamaโ Mazhab Hanafi.
3- Sunat di sisi Ulamaโ Mazhab Syafie.
๐ถ HURAIAN :
Antara bentuk memuliakan Al Quran ialah tidak membacanya secara kuat pada ketika manusia lalai atau tidak sempat untuk mendengarnya. Di sini, sedikit peringatan ulamaโ berkaitan mereka yang membaca Al Quran dengan suara kuat atau melalui speaker dalam keadaan orang sibuk dan tidak dapat mempedulikan Al Quran.
Justeru hati hati. Sesuatu yang hakikatnya mengundang pahala boleh jadi bertukar dosa jika tidak kena pada tempat.
๐ถ TAMBAHAN :
ููุงููุนูุฌููุจู ุฅูุฐูุง ุงุดูุชูููู ุตูุงุญูุจู ุนูุฐูุฑู ุฑูููุนู ุงูุตููููุชู ุจุงูููุฑูุงุกูุฉู ุฃู ุจูุบูููุฑูููุง ููููุจููู ุจูุงูุฅุชููููุงู ู ููู ุฏูููููู ู ูุนู ุฃููู ุงูู ุทููุจู ู ููู ุงููู ูุณูููู ู ุฃููู ููููููู ุฑููููููุง ุจูุงููููุงุณู ุฑูุงุญูู ูุง ููููู ู.
โDan sungguh pelik, apabila orang yang mempunyai keuzuran mengadu atas pembacaan Al-Quran dengan suara tinggi ataupun selain Al Quran, ia terus ditohmah pada (pegangan) agamanya, sedangkan yang dituntut daripada muslim adalah untuk bersikap lemah lembut dengan manusia dan belas kasih kepada merekaโ.
๐น Nasihat ini dari dua Ulamaโ besar Syiria, Syeikh Dr. Nuruddin โItr di dalam kitab Kaifa Tatawajjahu Lil Quran Al Karim dan Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam Tilawah Al Quran Al Majid.
๐นKefahamannya, membaca Al Quran dengan suara kuat sangat baik. Tetapi kita perlu bijak memilih tempat dan perlu menyesuaikannya dengan keadaan orang lain di sekeliling. Kerana apabila datang teguran mohon direndahkan sedikit suara, biasanya kita akan terdorong untuk menyakiti penegur, walau dia datang dengan penuh kelembutan.
Sumber : Ust. Hanif Azmir hassimย