
Semakin besar ujian dan musibah, semakin besarlah hadiah.
Ada banyak sebab kenapa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan.
Istilah “Ramadan” secara bahasanya membawa maksud “panas yang terlampau”.
Selain itu, ia juga merujuk kepada “satu musim yang sangat panas, yang mana ia berbeza dengan musim-musim lain.”
Justeru, istilah Ramadan sering dimaknakan dengan suatu tempoh yang berat ujiannya, besar musibahnya.
Tak ada tempoh itu di bulan-bulan yang lain.
Dan ketika kita dihempap dengan ujian dan musibah yang berat ini, Allah berikan hadiah yang sangat istimewa.
Tak ada hadiah ini di waktu lain, di bulan lain.
Tuhan tahu kita sedang menderita, dan Tuhan mengiktiraf penderitaan kita, dan memberikan kita hadiah yang paling bermakna.
Iaitu Al-Quran.
Al-Quran ialah pesan-pesan Tuhan, yang turun ketika kita dihempap reruntuhan-reruntuhan kekalahan.
Al-Quran ialah kemenangan jiwa, ketika kita kalah dengan percaturan dunia, yang tak bisa kita ubahnya.
Salam Nuzul Quran.
Sumber : facebook Hafizul Faiz