1. LEPAS ASAR: Baca (tengok) betulkan tajwid
2. LEPAS MAGHRIB: Mula hafal dan fokus!
3. LEPAS SUBUH: Ulang hafalan semalam, baca kembali depan kawan dan jangan salah!
4. LEPAS ISYAK: Ulang (murajaah) hafalan semalam sampai lancar.
* * *
PERINGATAN!
1. Tinggalkan maksiat agar mudah menghafal!
Tengok movie, bacaan lagha, wasap mengarut, video lalai, gelak sakan, kutuk kawan, lambat solat dan lain-lain.
2. Digalakkan guna al-Quran yang bersaiz BESAR. Kerana bila kita menghafal pandangan kita kepada mushaf akan lebih jelas dan luas. Quran KECIL sesuai digunakan ketika murajaah sahaja. Tak digalakkan guna untuk menghafal dikhuatiri tak nampak huruf disebabkan tulisannya yang kecil.
3. Ketika menghafal lontarkan SUARA dengan KUAT (bukan menjerit), ini kerana bila kita menghafal dengan mengeluarkan suara yang kuat secara tidak langsung kita menggunakan dua kemahiran. Hafal dengan cara MEMBACA dan MENDENGAR.
4. Jangan ‘berani-berani’ nak HAFAL berseorangan tanpa ada yang ‘menilai’ (menyemak) bacaan kita sekalipun kita seorang Quraa’ yang hebat!
Dikhuatiri bacaan kita salah, tertambah atau tertinggal huruf. Contoh: وﻻ تسألوا kita baca وﻻ تسألون.
5. Selepas hafaz, pastikan hafazan kita itu disemak oleh sahabat-sahabat. JANGAN MALAS!
6. Hafazlah dengan bacaan yang PALING BAIK kerana kebiasaannya hafalan yang pertama ini akan menjadi ‘bacaan kekal’ kita.
Jika baik hafalan kita, baiklah ia hingga ke akhirnya. Jika buruk dan cacat hafalan kita, maka buruk dan salahlah bacaan kita.
7. Pastikan niat hafal al-Quran kita betul!
Upgrade sikit niat kita. Andai hafal Quran sebab nak exam. Habis exam CONFIRM Quran hilang.
Tapi kalau hafal niat untuk tambah koleksi ‘ayat hafazan’ kita, exam gagal pun Quran still ada dan tak lari. Tak percaya? Cubalah!
8. Al-Quran bukan milik kita! Kalau kita permainkan dia dengan niat untuk cari makan, lulus exam dan lain-lain pastinya Allah takkan benarkannya duduk dalam hati kita. Percayalah!
9. JANGAN BERANI nak hafal ‘ayat baru’ selagi kita tidak betul-betul ingat ayat sebelummya!
10. HP JANGAN LETAK TEPI! Letak jauh-jauh!
Ya! Letak jauh dari pandangan mata dan hati.
11. Dah seronok hafal, jangan lupa untuk MENGAMALKAN apa yang ada dalam al-Quran. Berakhlak dengan akhlak al-Quran, setiap tutur kata dijaga dan gurauan tidak berlebihan kerana lidah dan mulut kita ‘mempunyai kesan’ dari ayat-ayat al-Quran. Peliharalah lidah kita agar mudah untuk melantunkan kembali ayat suci al-Quran
Mana mungkin seorang penghafaz Al-Quran bercakap perkara yang sia-sia, lagha, mengumpat dan apatah lagi mencarut?! Nauzubillah.
* * *
Semoga Allah permudahkan kita semua untuk MENAMBAH ‘Koleksi Ayat Hafazan’ kita. Jika sebelum ni di dalam solat kita kerap baca والعصر dan قل هوالله. Upgrade sikit dengan surah lain, agar solat kita itu semakin indah dan cantik!
Sumber : Muhd Bazali Zakaria