skip to Main Content
KEUTAMAAN MEMBACA AL-QUR’AN

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QUR’AN

Daripada Aishah RA katanya,

Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala.”

Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith :

  1. Orang yang boleh membaca al-Qur’an dengan lancar dan tajwid yang betul sama taraf dengan para malaikat, dan juga akan duduk bersama malaikat di akhirat kelak.
  2. Orang yang boleh membaca al-Qur’an tapi tidak lancar dan tajwidnya kurang baik akan memperolehi dua kali ganda pahala, kerana membaca al-Qur’an serta usaha untuk melatih dan membetulkan lidahnya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

 

Kredit : http://www.islam.gov.my/e-hadith/298-keutamaan-membaca-al-qur-an

Back To Top


Experience the unforgetable Experience


Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]