Firman Allah (At-Taubah 9:24)
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan [daripada] berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. ” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (24)
Shaikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sa’di rahimahullah menyebutkan dalam Taisir al-Karim al-Rahman:
وهذه الآية الكريمة أعظم دليل على وجوب محبة اللّه ورسوله، وعلى تقديمها على محبة كل شيء، وعلى الوعيد الشديد والمقت الأكيد، على من كان شيء من هذه المذكورات أحب إليه من اللّه ورسوله، وجهاد في سبيله.
Ayat yang mulia ini merupakan sebesar-besar dalil yang menunjukkan kewajipan mencintai Allah dan utusanNya, dan mendahulukan cinta kepada mereka berdua melebihi cinta kepada sesuatu yang lain. Dijanjikan azab yang pedih dan kemurkaan yang mendalam ke atas sesiapa yang mencintai apa-apa yang disebut dalam ayat ini melebihi cintanya kepada Allah, rasulNya dan jihad di jalannya.
وعلامة ذلك، أنه إذا عرض عليه أمران، أحدهما يحبه اللّه ورسوله، وليس لنفسه فيه هوى، والآخر تحبه نفسه وتشتهيه، ولكنه يُفَوِّتُ عليه محبوبًا للّه ورسوله، أو ينقصه، فإنه إن قدم ما تهواه نفسه، على ما يحبه اللّه، دل ذلك على أنه ظالم، تارك لما يجب عليه.
Petanda kepada cinta ini ialah, apabila ditunjukkan kepadanya dua perkara, salah satunya ialah perkara yang dicintai Allah dan rasulNya, dan tidak pula dirinya berkeinginan kepada hal tersebut, dan satu lagi ialah perkara yang dia sukai dan bernafsu kepadanya, tetapi dia tetap mengorbankan perasaan cintanya itu kerana Allah dan rasul. Sesungguhnya jika dia mengutamakan apa yang dia suka ke atas apa yang Allah suka, maka itu menunjukkan dia insan yang zalim, meninggalkan apa yang Allah cintai.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Demi Tuhan yang diri ku berada di TanganNya, tidak beriman salah seorang daripada kalian sehinggalah aku menjadi yang paling dia cintai melebihi ibu bapa dan anak-anaknya sendiri. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 14]
عَبْدُ اللَّهِ بْنَ هِشَامٍ ، قَالَ : كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ ” ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْآنَ يَا عُمَرُ “
‘Abdullah bin Hisham berkata: Kami bersama-sama nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, ketika itu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sedang memegang tangan ‘Umar bin al-Khattab. ‘Umar berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala apa pun kecuali daripada diri ku. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: Tidak. Demi Tuhan yang diri ku berada di TanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada diri mu sendiri. Lalu ‘Umar terus berkata: Sesungguhnya sekarang, demi Allah. Engkau lebih aku cintai daripada diri ku sendiri. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: Begitulah sekarang wahai ‘Umar. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Aiman wa an-Nuzur, hadis no : 6632]
عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الإِيمَانِ ، مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Anas meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiga perkara, sekiranya terdapat dalam jiwa seseorang, dia akan dapat merasai kemanisan iman iaitu; dia mencintai Allah dan RasulNya melebihi selain mereka berdua, dia mencintai orang lain semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan Allah daripadanya sebgaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka. ”
[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 16]
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli