skip to Main Content

 

Nabi s.a.w bersabda:
الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ ‏”‏ ‏.
Iman ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama ialah perkataan “Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah”, dan yang paling rendah ialah membuang perkara yang menganggu dari jalan. Sifat malu merupakan satu cabang keimanan.
[Sahih Muslim].

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin menyatakan dalam Sharh Riyadussolihin ketika menghuraikan hadis iman di atas:

وإذا كان إماطة الأذى عن الطريق من الإيمان فوضع الأذى في الطريق من الخسران والعياذ بالله ومن نقص الإيمان
Apabila membuang perkara yang menggangu dari jalan merupakan sebahagian keimanan, maka meletakkan perkara yang mengganggu manusia di jalan pula merupakan satu kerugian, kita berlindung dengan Allah. Ia sebahagian daripada kerendahan iman.

ولذلك يجب أن يكون الإنسان حيى القلب يشعر بشعور الناس
Oleh sebab itu, hendaklah seseorang itu mempunyai hati yang hidup, dia merasai apa yang manusia lain rasai.

تجد بعض الناس الآن يوقف السيارة في أي مكان بالطول أو بالعرض
Engkau akan dapati ada sebahagian manusia yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di mana sahaja, dalam keadaan menegak, atau melintang.

ما يهتم المكان ضيق أو المكان واسع ما يبالي
Dia tak mengambil kira pun sama ada tempat itu sempit atau luas. Dia tak kisah pun.

 


ليست هذه خصال المؤمن،
Ini bukanlah sikap orang beriman.

المؤمن هو الذي يكون حيى القلب يشعر بشعور الناس يحب للناس ما يحب لنفسه
Orang beriman ialah manusia yang hatinya hidup. Dia merasai apa yang dirasai insan lain. Dia menyukai untuk orang lain apa yang dia sukai untuk dirinya.

كيف تأتي مثلا وتوقف سيارتك في عرض الطريق ولا تبالي بتضييق الطريق على الناس ؟
Sebagai contoh, bagaimana kamu boleh datang lalu meletakkan kenderaan di tengah jalan, dan buat tidak kisah pun dengan tindakan menyempitkan laluan orang lain?

[Sharh Riyadussolihin].

*Iman itu naik dan turut. Oleh itu semua akhlak buruk menunjukkan kerendahan iman.

Dapatkan buku 77 Cabang Iman oleh Imam al-Baihaqi. Klik sini –> www.wasap.my/60132506391/77+cabang+iman

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top