skip to Main Content

Puan A : “Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Tuan Akram Afifi?”

Ust Akram :  “Boleh, saya di sini. Apa yang boleh saya bantu ye?” Puan tu terkejut saya pakai skrip SOP dia yang biasa digunakan customer service. 🤭

Puan A : “Saya Puan A dari Maybank, nak tanya tentang transaksi dari luar negara ke akaun Akram Afifi Holdings Sdn Bhd, ini duit apa ye?”

Ust Akram : “Oh, itu duit yuran pelajar mengaji online dan infaq, Puan.”

Puan A : “Oh, Tuan ada pelajar luar negara ke?”

Ust Akram :  “Ada, Puan. Alhamdulillah sehingga sekarang dah 27 buah negara dari serata dunia pelajar yang mengaji di bawah MengajiOnline.com.”

Puan A :  “Oh yeke? Menarik! Boleh saya tahu dengan lebih lanjut berkenaan kelas Tuan? Yuran macam mana ya?”

Dari nak urusan bank, terus Puan A berminat pula nak kelas dengan MengajiOnline.com 😂🤣

Ust Akram : “Kelas melalui video sahaja Puan. Yuran pula Puan boleh tetapkan sendiri ikut kemampuan Puan, asalkan nak mengaji al-Quran.”

Puan A : “Eh, boleh lah. Saya pun nak join mengaji sekali!” Bersungguh betul.

Kawan tu elok-elok nak tanya urusan kerja dengan kita, sempat lagi menambah saham akhirat lagi seorang untuk mengaji 🤗

Alhamdulillah.

 

 


Sumber : facebook Ust. Akram Afifi

 

 

Back To Top