skip to Main Content

๐Ÿ”ธ Sepanjang penelitian al faqir ke atas karangan Ulamaโ€™ Syafieyyah, hanya dua kesalahan makhraj yang masih terdapat keringanan bagi awam. Maksudnya, kita masih boleh berlapang dada mengatakan solat pelakunya SAH. Adapun kesalahan melibatkan huruf-huruf lain, tiada lagi perbincangan tentang batalnya solat kecuali pendapat terpencil yang mengatakan tidak batal.

Dua kesalahan itu ialah:

๐Ÿ”ฐ 1- Qaf pada โ€˜mustaqimโ€™ dibaca dengan Qaf Al Mutaraddidah (ุงู„ู‚ูŽุงูู ุงู„ู…ูุชูŽุฑูŽุฏูู‘ุฏูŽุฉู). Ia adalah qaf seperti sebutan Ahli Hadramaut. Qafnya berada di tengah-tengah antara sebutan qaf dan kaf seperti disebut Syeikh Al Muqriโ€™ Ahmad bin Ali Al Junaid Al Hadhrami ketika menghuraikan Bakurah Al Walid.

๐Ÿ”ฐ 2- Dhod pada โ€˜dhollinโ€™ bertukar menjadi zho. Ini kerana kedua-kedua huruf ini sangat dekat sebutannya dan sukar dibezakan. Dan kedua-duanya mempunyai lima sifat yang sama iaitu jahar, rakhawah, istiโ€™laโ€™, ithbaq dan isymat. Beza kedua-duanya pada bab sifat huruf hanyalah kerana dhod lebih satu sifat iaitu isthitholah.

Adapun jika dhod menjadi dal maka ia tidak dimaafkan kecuali bagi seseorang yang telah berusaha keras tetapi memang lidahnya โ€˜lemahโ€™ untuk menuturkannya, maka solatnya sah. Ini sama halnya dengan semua huruf lain di dalam Fatihah. Jika telah berusaha bersungguh sungguh- memperbaiki makhraj, tetapi tetap tidak berhasil, maka dia dimaafkan dan solatnya sah. Tetapi jangan dia menjadi imam kepada orang lebih fasih.

๐Ÿ”ฐ Ada juga pendapat yang memberi keringanan jika kesalahan berlaku pada huruf ุฐ yang bertukar menjadi ุฏ begitu juga pada huruf ุญ yang bertukar menjadi ู‡ , tetapi pandangan ini ditolak para Ulama’.

๐Ÿ”ธ DALIL DARI KALAM AN NAWAWI

Imam An Nawawi di dalam Majmuโ€™ menyebut :

ุชูŽุฌูุจู ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ู’ููŽุงุชูุญูŽุฉู ูููŠ ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุจูุฌูŽู…ููŠุนู ุญูุฑููˆููู‡ูŽุง ูˆูŽุชูŽุดู’ุฏููŠุฏูŽุงุชูู‡ูŽุง ุŒ ูˆูŽู‡ูู†ูŽู‘ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ุชูŽุดู’ุฏููŠุฏูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุณู’ู…ูŽู„ูŽุฉู ู…ูู†ู’ู‡ูู†ูŽู‘ ุซูŽู„ูŽุงุซูŒ ุŒ ููŽู„ูŽูˆู’ ุฃูŽุณู’ู‚ูŽุทูŽ ุญูŽุฑู’ูุงู‹ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุŒ ุฃูŽูˆู’ ุฎูŽููŽู‘ููŽ ู…ูุดูŽุฏูŽู‘ุฏุงู‹ ุŒ ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽุจู’ุฏูŽู„ูŽ ุญูŽุฑู’ูุงู‹ ุจูุญูŽุฑู’ูู ู…ูŽุนูŽ ุตูุญูŽู‘ุฉู ู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุตูุญูŽู‘ ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุชูู‡ู . . . . .

Wajib membaca Fatihah di dalam solat dengan seluruh hurufnya dan tasydid (sabdu)nya. Dan di sana ada 14 sabdu dengan tiga daripadanya pada basmalah. Jika dia(orang yang solat) menggugurkan satu huruf dari Al Fatihah atau dia membaca dengan takhfif (meninggalkan sabdu) atau menukarkan satu huruf dengan huruf yang lain dalam keadaan lidahnya sihat/mampu menyebut, maka tidak sah bacaannya.

Difahami di sini :

1- Pertukaran makhraj akan membawa kepada batalnya bacaan Fatihah. Batalnya bacaan Fatihah ini pula akan membawa kepada batalnya solat.

2- Orang yang lidahnya mampu menyebut huruf tetapi dia tidak mengambil berat bacaan wajib dalam solatnya, solatnya tidak sah jika berlaku kesalahan di atas.

Rujukan:

Hasyiah Qalyubi Umairah ms 378-379
Asna Al Matholib jilid 1 ms 308-318
Mughnil Muhtaj jilid 1 ms 216-224
Bugyah Al Mustarsyidin ms 27-29
Sabil Al Muhtadin ms 207-208
Qutbul Habib ms 57-58
Al Bayan fi Mazhab Al Imam As Syafie ms 187-198

 

 


Sumber : Ust Hanif Azmir Hassim

Back To Top