skip to Main Content

عن عقبة بن عامر، أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله، أحدنا يذنب؟
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Ya Rasulullah, salah seorang daripada kami melakukan dosa.

قال: «يكتب عليه»
Baginda menjawab: Dicatatkan dosanya.

قال: ثم يستغفر منه ويتوب؟ قال: «يغفر له ويتاب عليه»
Lelaki itu bertanya: Kemudian (bagaimana) jika dia memohon keampunan dan bertaubat?. Baginda menjawab: Allah akan mengampuni dia dan menerima taubatnya.

قال: فيعود فيذنب؟ قال: «يكتب عليه»
Lelaki itu bertanya lagi: Lalu (bagaimana) jika dia mengulangi melakukan dosa? Baginda menjawab: Dicatatkan dosanya.

قال: ثم يستغفر منه ويتوب؟ قال: «يغفر له ويتاب عليه، ولا يمل الله حتى تملوا»
Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian, bagaimana jika dia memohon keampunan Allah dan bertaubat? Baginda menjawab: “Allah akan mengampuni dosanya dan menerima taubatnya. Allah tidak akan pernah jemu (mengampuni dosa) melainkan hamba itu sendiri yang jemu. [Riwayat al-Thabarani dalam Al-Kabir, no: 791. Hadis Hasan]


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top