skip to Main Content

‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

« لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا ».
Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberikan rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan perut yang kosong, dan pulang dalam keadaan kenyang. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab Az-Zuhd, no: 2344, At-Tirmizi berkata: Hasan Sahih].

 

 

 

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan permisalan tawakkal dengan seekor burung yang keluar pagi dan pulang di waktu petang. Ia keluar tanpa mengetahui adakah akan ada makanan untuknya atau tidak. Akan tetapi ia tetap keluar berusaha.

Begitulah manusia. Manusia perlu berusaha seperti burung tadi, dalam masa yang sama hatinya perlu meletakkan pergantungan kepada Allah kerana Allah yang menentukan dia akan dapat atau tidak.

 


 

Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top