skip to Main Content

Shaikh Abdul Razzaq dalam Doa & Taubat Para Nabi, menukilkan perkataan Imam al-Qasimi bahawa para ulama menyatakan:

إن آدم عليه السلام سعد بخمسة أشياء :

Sesungguhnya Adam ‘alaihissalam berbahagia dengan lima perkara:

 إعترف بالذنب ،

(1) Mengakui dosanya.

 وندم عليه ،

(2) Penyesalan di atas dosanya.

 ولام نفسه ،

(3) Menyalahkan diri sendiri untuk dosa yang dilakukan.

 وسارع إلى التوبة

(4) Segera bertaubat

 ، ولم يقنط من الرحمة ،

(5) Tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

 وشقي إبليس بخمسة أشياء :

 

 

Iblis pula sengsara dengan lima perkara:

 لم يقر بالذنب ،

(1) Tidak mengakui dosanya.

 ولم يندم ،

(2) Tidak menyesal di atas dosanya.

 ولم يلم نفسه بل أضاف إلى ربه

(3) Tidak menyalahkan diri sendiri bahkan menyalahkan pula Allah.

 فلم يتب ،

(4) Iblis tidak bertaubat.

 وقنط من الرحمة .

(5) Iblis berputus asa daripada rahmat Allah.

[Mahasin al-Ta’wil].

Hendaklah kita semua mencontohi bapa kita Nabi Adam a.s yang mengakui kesilapannya, menyesal, tidak menyalahkan orang lain, bertaubat, dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top