skip to Main Content

Penulis Mushaf Qatar ialah Ubaidah Muhammad Soleh al-Banki. Beliau berasal dari Syria. Amat berminat dengan seni khat sejak awal lagi dengan selalu melihat pergerakan tangan guru khat cara menulis huruf.

Ubaidah al-Banki berjaya dapat ijazah dari tokoh khat terkenal istanbul Syeikh Hasan Jalabi. Kerajaan Qatar membuat syarat yang menulis Mushaf Qatar adalah johan dalam pertandingan khat dunia.

Pusingan pertama disertai 120 ahli khat dan hanya 7 orang terbaik sahaja yang dipilih. Pusingan kedua hanya dua sahaja yg terpilih. Dan akhirnya yang johan adalah Ubaidah al-Banki.

 

 

 


Sumber : Dr. Khairul Anuar Bin Mohammad

Back To Top