skip to Main Content

﴿ وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴾
Apabila Luqman berkata dalam tujuan menasihati anaknya: Wahai anak ku, janganlah engkau mensyirikkan Allah. Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar. (13)

Huraian:

 Ini menunjukkan didikan yang paling utama kepada anak-anak ialah berkaitan agama.

Allah telah menyebutkan dalam al-Quran:

﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا ﴾
Wahai orang-orang yang beriman. Selamatkan ahli keluarga kalian daripada api neraka. [At-Tahrim : 6]

﴿ وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ﴾
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. [Taha: 132]

 

 

﴿ وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا (54) وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا (55(﴾
Dan ceritakanlah [hai Muhammad kepada mereka] kisah Isma’il di dalam Al Qur’an. Sesungguhnya dia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. (54) Dan dia menyuruh ahli keluarganya mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan dia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya. [Maryam: 54-55]

Ayat-ayat ini kesemuanya menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab utama seorang ibu bapa ialah menyelamatkan anak-anaknya daripada api neraka. Hal ini hanya mampu dilakukan dengan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.

Perkara paling penting dalam bab agama pula ialah tauhid.

Oleh sebab itu Luqman mengingatkan anaknya ((Sesungguhnya syirik itu satu kezaliman yang besar)).

Seorang ibu bapa pasti tidak mahu anak-anaknya dimasukkan ke dalam neraka. Maka, pastinya mereka perlu membuktikan cinta mereka dengan mendidik tauhid yang murni kepada anak-anak mereka.

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَا مُعَاذُ أَتَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا.
Daripada Muaz bin Jabal radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai Muaz, adakah engkau tahu apakah hak Allah ke atas hamba-hambaNya? Muaz menjawab: Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda pun berkata: Iaitu mereka hendaklah menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun.

أَتَدْرِي مَا حَقُّهُمْ عَلَيْهِ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ
Baginda bertanya lagi: Adakah engkau tahu apakah hak hamba-hamba kepada Allah? Muaz menjawab: Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Baginda pun menerangkan: Iaitu untuk tidak mengazab mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7373]


Dapatkan buku 50 Pengajaran Kisah Luqman al-Hakim oleh Shaikh Abdul Razzaq al-Badr, RM30 sahaja.

Boleh wasap saya -> wa.me/60132506391

Atau order terus di kedai shopee saya -> https://shopee.com.my/mohdmasri87/12733895481?smtt=0.0.9

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top