Allah تعال berfirman,
هَذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
“Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat sejuk (ghossaq).” [QS. Shaad: 57].
Dalam Kamus Mu’jam Al-Arabiyyah Al-Mu’ashirah,
ماء منتن، ولكنه بارد.
“air yang busuk tetapi sejuk.”
Dalam kamus Kalimatul Quran,
صديد يسيل من أجسادهم وهو بارد بردا مؤلما
“Nanah (cairan menjijikan) yang mengalir dari jasad penduduk neraka dengan sejuk yang sangat dan menyeksakan.”
https://www.facebook.com/abdulrahmanabdollah/posts/3027092057562581
Allah تعال juga berfirman,
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا (24) إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا (25) جَزَاءً وِفَاقًا (26)
“Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (juga mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan ghossaq, sebagai pambalasan yang setimpal.” [QS. An Naba’: 24-26].
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata,
“Yang dimaksud ‘ghossaq’ adalah sejuk beku dari neraka, dan seseorang seperti terpanggang dengannya.” [Latha’if Al-Ma’arif Ibnu Rajab hal. 326].
Ahli Tafsir Mujahid رحمه الله berkata,
هو الذي لا يستطيعون أن يذوقوه من برده
“Iaitu yang tidak mampu menahan rasa sejuknya.” [Latha’if Al-Ma’arif Ibnu Rajab hal. 326].
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما, Ka’ab pernah berkata,
إن في جهنمَ بردًا هو الزَّمهَرير ، يُسقِط اللحم عن العظم ؛ حتى يستغيثوا بِحرّ جهنم . أعاذنا الله وإياكم منها.
“Sesungguhnya di dalam Jahannam terdapat hawa sejuk yang disebut Zamharir. Hawa sejuk ini mampu membuat daging terlepas dari tulang belulangnya sehingga para penduduk neraka meminta minum dari panasnya api neraka. Semoga Allah melindungi kita darinya.” [Hilyatul Auliya’: 7640].
Dalam kamus Al-Mu’jam Al-Wasith,
الزَّمْهَريرُ : شِدَّةُ البرد .
“Zamharira adalah sejuk yang melampau.”
Dalam Tafsir Al-Qurthubi,
ولا زَمْهَريراً ـ وهو البرد الشديد ـ فيؤذيهم بَردُها
“Zamharira iaitu sejuk yang keterlauan dan menyeksa mereka dengan kesejukannya.” [Tafsir Al-Qurthubi 29/265].
Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata,
والمراد بالزمهرير : شدة البرد
“Yang dimaksud dengan zamharir adalah sejuk yang melampau.” [Fathul Bari 2/19].
Ibnu Abdil Barr رحمه الله berkata,
فما كان من برد يهلك شيئا فهو من زمهريرها،
“Sejuk yang mampu membinasakan sesuatu iaitu zamhari dari nereka.” [At-Tamhid limaa fil muwatttha 5/8, Wizarah Al-Magrib, 1387 H, syamilah].
Maka dapat diketahui dari dalil-dalil ini bahawa neraka bukan sahaja panas. Neraka juga sejuk yang merupakan seksaan yang sangat pedih buat penghuninya. الله أعلم.
Kredit:
1. rumaysho.com
2. shahihfiqih.com
3. muslimafiyah.com
Sumber: Abdul Rahman Abdollah