Ditanya berkenaan kisah Fatimah binti Rasulillah shallallahu’alaihiwasallam yang tidak pernah didatangi haid. Shahihkah?
Jawapan:
Ia ada dalam Tarikh Baghdad oleh Al Khatib Al Baghdadi.
) أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عِيَاضٍ الْقَاضِي بِصُورَ ، وَأَبُو نَصْرٍ عَلِيُّ بْنُ الْحُسَينِ بْنِ أَحْمَدَ الْوَرَّاقُ بِصَيْدَا ، قَالا : أَخْبَرَنَامُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ جُمَيْعٍ الْغَسَّانِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَاغَانِمُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ يُونُسَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَبُو بَكْرٍ الشَّعِيرِيُّ بِبَغْدَادَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو عُمَارَةَ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَيْفٍ السَّدُوسِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ مُطَيَّبٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ صَدَقَةَ ، عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “
ابْنَتِي فَاطِمَةُ حَوْرَاءُ آدَمِيَّةُ ، لَمْ تَحِضْ ، وَلَمْ تَطْمِثْ ، وَإِنَّمَا سَمَّاهَا فَاطِمَةَ لأَنَّ اللَّهَ فَطَمَهَا وَمُحِبِّيهَا عَنِ النَّارِ ” .
Anakku Fatimah adalah bidadari daripada jenis manusia. Dia tidak haidh dan tidak kotor. Sesungguhnya dia dinamakan Fatimah kerana Allah menjauhkan dia dan orang yang mencintainya dari neraka.
Al-Khatib berkata:
في إسناد هذا الحديث من المجهولين غير واحد وليس بثابت”
Paيa sanad hadis ini terdapat perawi-perawi yang majhul dan ia tidak tsabit.
Pada sanadnya jua ada Al-Hasan bin ‘Amru. Beliau seorang Matruk al-Hadis, bahkan al-Bukhari menyatakan beliau kazzab.
Ulama hadis mengumpulkan hadis ini dalam kitab hadis-hadis palsu. Antaranya Al-Syaukani dalam Al Fawaid Al Majmuah, Ibnu Jauzi dalam Al-Maudhuaat, Ibnu ‘Araq al-Kinani dalam Tanzih asy Syariah, As-Sayuti dalam Al-Laali Al-Masnu’ah.
Ibnu Hajar menyebutkan dalam Lisan al-Mizan bahawa Ibnu Abi Ad Dunya berkata:
حدثنا إسحاق الأشقر، حدثنا العباس بن بكار، حدثنا عبد الله بن المْثَنَّى، عن عمه ثُمَامَةَ ، عن أنس، عن أم سليم قالت : « لم يُرَ لفاطمة دَمٌ في حيض ولا نفاس ».
Tidaklah pernah terlihat darah haidh dan nifas pada diri Fatimah.
Ibnu Hajar menyatakan riwayat ini palsu dalam Lisan al-Mizan pada biografi Al-‘Abbas bin Bakar. Beliau seorang pendusta. Antara hadis palsu yang dia riwayatkan ialah ‘Melihat Ali radiallahu ‘anhu adalah ibadah’. Hadis di atas jua merupakan antara hadis palsunya.
#MMMR
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli