
Daripada Zaid bin Thabit radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ ”
Allah akan menyerikan seseorang yang mendengar daripada kami sebuah hadis, lalu dia menghafaz hadis itu sehingga dia menyampaikannya kepada orang lain. Boleh jadi orang yang membawa fiqh (iaitu orang yang mendengar hadis tadi) menyampaikan kepada orang yang lebih faham daripadanya. Boleh jadi orang yang membawa fiqh (iaitu hadis tadi) bukanlah seorang yang faqih.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Ilm, no: 2656, Hadis Hasan].
Dalam riwayat daripada Ibn Mas’ud, terdapat lafaz:
فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ
Dia menyampaikan sebagaimana yang dia dengar. [Jami at-Tirmizi, Kitab al-Ilm, no: 2657, hasan sahih].
Sumber: Ust Mohd Masri Mohd Ramli