skip to Main Content

Dua tanwin di dalam Al Quran, yang tanwinnya tidak dipanggil tanwin. Ia boleh dipanggil Nun Sakinah Syabihah bi At Tanwin atau Nun Taukid Khafifah. Ia sebenarnya ialah Nun Sakinah yang ditulis Dalam bentuk tanwin tetapi hakikatnya ia bukan tanwin kerana tanwin tidak boleh berada pada fiil (kata kerja). Ia hanya berada pada dua tempat di dalam al Quran. Tiada yang ketiganya di dalam Al Quran.

 


 

Dua tempat itu ialah :

1- Surah Yusuf ayat 32 :

وَلَيَكُونًا مِّنَ ٱلصَّٰغِرِينَ

2- Surah Al Alaq ayat 15 :

كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ…

Rujuk Taisir Ar Rahman karangan Dr. Suad Abdul Hamid.

🔸 Dan ingat juga, tanwin akan ditulis dalam bentuknya tanwin kecuali pada satu perkataan di dalam Al Quran di mana sahaja ia ditemui iaitu وَكَأَيِّن . Ia ditulis dalam bentuk Nun tetapi ia adalah tanwin.
Rujuk An Nasyr karangan Imam Ibnu Al Jazari.


Sumber : Ust. Hasif Azmir Hassim

Back To Top