Dalam bidang Al Quran pun, kadang kadang, pergeseran kecil boleh menyebabkan kesan yang besar. Imam Hamzah ada menceritakan pada muridnya Sulaim :
فَغَضِبَ عِيسَى بْنُ عُمَرٍ وَلَمْ يُكَلِّمْنِى حَتَّى مَاتَ رحِمَهُ اللهُ
Lalu menjadi marahlah Isa bin Umar, dan dia tidak lagi bercakap denganku sehingga meninggal dunia.
———————————————————————————–
🔸Tapi apakah yang sebenarnya terjadi?
Imam Al A’mash mempunyai dua murid utama iaitu Hamzah Az Zayyat dan Isa bin Umar.
Satu hari Imam Al A’mash bertanya kepada dua muridnya ini , bagaimana kamu waqaf pada kalimah-kalimah ini? الظنونا , الرسولا dan السبيلا .
Isa bin Umar menjawab : الظنونا , الرسولا dan السبيلا iaitu dengan istbat alif.
Sementara Hamzah menjawab : الظنون , الرسول dan السبيل iaitu dengan hazaf alif.
Dan Al A’mash membenarkan bacaan Hamzah. Hanya dengan sebab itu, selepas itu Isa bin Umar tidak lagi bercakap dengan Imam Hamzah sehingga akhir hayatnya.
Kitab As Sab’atul akhyar Aimmatu al khamsah al Amsor
Sumber : Ust Hanif Azmir Hassim