
Sempena al-Isra wal-Mikraj, terdapat beberapa faedah yang boleh dikongsikan tentang Surah al-Isra :
1. Allah juga menamakan surah ini dengan nama Surah Bani Israel, kerana disebut padanya korupsi yang dilakukan oleh Bani Israel.
2. Surah Isra antara surah terbanyak yang berbicara tentang Al-Quran.
3. Setelah berbicara tentang korupsi dan pengakhiran Bani Israel, didatangkan ayat berikut :
إِنَّ هٰذَا القُرآنَ يَهدي لِلَّتي هِيَ أَقوَمُ وَيُبَشِّرُ المُؤمِنينَ الَّذينَ يَعمَلونَ الصّالِحاتِ أَنَّ لَهُم أَجرًا كَبيرًا
Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amalan soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar – Ayat 9.
Mereka adalah kumpulan pembebasan.
4. Pada akhir surah, ada perbincangan tentang keadaan Bani Israel (Yahudi) pada akhir zaman, mereka akan kembali berhimpun di bumi Isra (Palestin), setelah hidup merata-rata dan berpindah randah di pelbagai tempat.
Ini berdasarkan ulasan sebahagian ahli Tafsir terhadap ayat :
فَإِذا جاءَ وَعدُ الآخِرَةِ جِئنا بِكُم لَفيفًا
Maka apabila datang janji yang berbangkit, nescaya Kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur (bersama musuhmu)- Ayat 104.
*pendapat ini tidak kuat.
5. Surah ini bermula dengan Tasbih, dan ditamatkan dengan Tahmid dan Takbir.
Tasbih menunjukkan kedudukan diriNya yang agung, Tahmid kerana kebenaran janjiNya dan Takbir kerana tiada sesuatu yang boleh melemahkan kekuatanNya.
6. Bilangan ayat dan waktu penurunan Surah Isra, ada persamaan dengan Surah Yusuf, iaitu pada aspek :
– (1) Memberikan berita gembira bahawa setiap selepas kesukaran, pasti ada kemudahan & (2) Janji Allah bahawa kegemilangan Bani Israel akan berakhir, adalah benar.
7. Surah ini juga ‘tidak miss’ untuk membawakan ciri-ciri sebuah kemenangan, seperti ibadah, akhlak, kesedaran dan kemampuan.
Sumber : Prof Mohammad Khazer Al-Majali hafizahullah.