skip to Main Content

BULAN ZULHIJJAH

Pada 1 Zulhijjah 1442 H kita telah memasuki bulan Zulhijjah. Berikut saya kongsikan beberapa kelebihan bulan Zulhijjah :

1- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada 4 bulan haram. Iaitu Muharram, Rajab, Zul Qaโ€™dah, Zulhijjah.
Bulan haram maksudnya bulan yang amat mulia.
โ€Ž
2- Selain itu, 10 hari terawal bulan Zulhijjah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia merupakan seafdal-afdal hari dalam dunia.
โ€Ž
Kata Nabi S.A.W :

ูโ€ŽุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุฃูŠุงู…ู ุงู„ุนูŽุดุฑ
โ€ŽSeafdal afdal hari dalam dunia adalah 10 hari terawal Zulhijjah.

Riwayat Al Munziri, Al Targhib wal Tarhib (2/190).
โ€Ž
3- Allah S.W.T sendiri bersumpah dengan 10 hari terawal bulan Zulhijjah berdasarkan firman-Nya :

โ€ŽูˆูŽุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ูˆูŽู„ูŠูŽุงู„ู ุนูŽุดุฑ
โ€ŽMaksudnya : Demi fajar, dan demi malam yang sepuluh.
โ€Ž
Kata Ibnu Abbas dan โ€˜Aโ€™isyah : Malam yang sepuluh merujuk kepada 10 hari terawal Zulhijjah.

Para ulama kata : Allah yang Maha Agung, sama sekali tidak akan bersumpah melainkan dengan suatu yang agung juga.

Ini menggambarkan besarnya kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah di sisi Allah.

 

 

4- Amalan yang paling Allah sukai, adalah amalan yang dilakukan dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah.

Rasulullah SAW bersabda :

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู โ€.โ€ ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’
Maksudnya : Tidak ada mana-mana hari yang amalan soleh di dalamnya lebih Allah sukai berbanding amalan pada hari-hari ini. (iaitu pada 10 hari terawal Zulhijjah).

Riwayat Abu Daud (2438).

5- Justeru kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan soleh dalam 10 hari terawal ini.

6- Antara amalan yang dianjurkan ialah berpuasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Rasulullah S.A.W bersabda :

ุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู
Maksudnya : Berpuasa hari Arafah aku berharap agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Riwayat Muslim (1162)

โ€Ž7- Selain itu, dituntut perbanyakkan doa pada hari Arafah. Berdasarkan hadis :

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ
Maksudnya : Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.

Riwayat Al-Tirmizi (3585).

โ€Ž8- Banyakkan juga Zikrullah seperti firman Allah :
ูˆูŽูŠูŽุฐู’ูƒูุฑููˆุง ุงุณู’ู…ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ู‘ูŽุนู’ู„ููˆู…ูŽุงุชู
โ€ŽMaksudnya : Dan hendaklah mereka menyebut-nyebut nama Allah pada hari-hari maโ€™lumฤt (10 hari terawal bulan Zulhijjah).

Surah Al-Hajj (28).

9- Pada Hari Raya korban, sembelihan korban hukumnya sunat muakkad untuk kita lakukan. Diikuti dengan sembelihan pada tiga hari tasyriq sesudahnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah.
โ€Ž
10- Pada hari tasyriq pula, kita dituntut perbanyakkan zikrullah berdasarkan firman Allah :

ูˆูŽุงุฐู’ูƒูุฑููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ู‘ูŽุนู’ุฏููˆุฏูŽุงุชู

Maksudnya : Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari maโ€™dลซdฤt (iaitu hari-hari tasyriq).

Surah Al Baqarah (203).

โ€ŽMaka perbanyakkanlah zikir seperti :

โ€ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ
ูˆู„ู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ

 


Sumber : Ust Fahmi Rusli

Back To Top