skip to Main Content

Kita semua diciptakan Allah dengan rasa takut. Ada orang takut kehilangan hartanya, ada orang takut kehilangan kaum keluarganya dan kawan karibnya.

Takut para Nabi dan Rasul melebihi apa yang kita gambarkan. Mereka takutkan Allah, takutkan azab dan neraka Allah. Allah Ta’ala berfirman mengisahkan perihal khalil (kekasihNya):

ﻭَﺇِﺫْ ﻗَﺎﻝَ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢُ ﺭَﺏِّ ﺍﺟْﻌَﻞْ ﻫَٰﺬَﺍ ﺍﻟْﺒَﻠَﺪَ ﺁﻣِﻨًﺎ ﻭَﺍﺟْﻨُﺒْﻨِﻲ ﻭَﺑَﻨِﻲَّ ﺃَﻥْ ﻧَﻌْﺒُﺪَ ﺍﻷَْﺻْﻨَﺎﻡَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan JAUHKANLAH Aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah Al-Asnam (berhala).

[ Ibrahim:35 ]

Penghulu bagi Tabi’in Ibrahim bin Yazid Al-Taimi rahimahullah (wft : 92H) pernah berkata:

ومن يأمن البلاء بعد إبراهيم؟!!!

Siapakah yang boleh merasa aman (selamat) daripada (ditimpa) bala'(ujian kesyirikan) selepas(Nabi) Ibrahim?!!

Kata Syeikh Soleh bin Abd ‘Aziz Al-Tamimi

هذا إبراهيم كما في هذه الآية خاف الشرك،وخاف عبادة الأصنام،فدعا الله بقوله: واجنبني وبني أن نعبد الأصنام.رب إنهن أضللن كثيرا من الناس فمن تبعني فإنه مني ومن عصاني فإنك غفور رحيم.فكيف بمن دون إبراهيم ممن ليس من السبعين ألفا،وهم عامة هذه الأمة. والواقع أن عامة الأمة لا يخافون من الشرك،فمن الذي يخافه إذا؟ الذي يخافه هو الذي يسعى في تحقيق التوحيد.

Inilah Nabi Ibrahim sebagaimana disebutkan dalam ayat ini, baginda TAKUT terjebak dalam kesyirikan, TAKUT perbuatan menyembah berhala lalu dia berdoa:

” Wahai Tuhanku jauhkanlah aku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala “

 

 

” Tuhanku sesungguhnya(berhala-berhala) itu benar-benar menyesatkan RAMAI manusia maka sesiapa yang mengikutiku dia adalah dari kalanganku dan sesiapa yang bermaksiat kepadaku maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”.

[ Ibrahim: 35-36 ]

Bagaimana pula dengan golongan yang lebih rendah kedudukannya daripada Nabi Ibrahim iaitu mereka yang tidak termasuk dari kalangan 70 000 (orang yang akan masuk syurga tanpa hisab dan azab)?, mereka ialah MAJORITI umat ini!.

Realitinya kebanyakan dari kalangan masyarakat awam langsung tidak TAKUT daripada terjebak dalam Kesyirikan, jadi siapakah yang takutkan hal tersebut? Tentulah yang TAKUT hanya orang-orang yang berusaha untuk merealisasikan TAUHID

[ Al-Tamhid hlm 74 ]

Belajarlah TAUHID, kenalilah lawannya iaitu SYIRIK dan contohilah sifat TAKUT Nabi Ibrahim dengan sentiasa berdoa memohon agar dijauhkan daripada segala bentuk kesyirikan.

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari segala bentuk kesyirikan.

 


Sumber : Ust. Mohd Fashan

Back To Top