skip to Main Content

 

Firman Allah:

 كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekali-kali tidak [demikian], sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. [Al-Muthaffifin : 14]

Al-Imam Ibn Al-Qayyim membawakan beberapa perkataan ulama berkaitan hal ini dalam kitabnya Al-Jawab Al-Kafi:

هُوَ الذَّنْبُ بَعْدَ الذَّنْبِ .

Itu merupakan dosa selepas dosa.

هُوَ الذَّنْبُ عَلَى الذَّنْبِ ، حَتَّى يُعْمِيَ الْقَلْبَ

Itu merupakan dosa di atas dosa sehingga hati menjadi buta.

لَمَّا كَثُرَتْ ذُنُوبُهُمْ وَمَعَاصِيهِمْ أَحَاطَتْ بِقُلُوبِهِمْ .

Apabila terlalu banyak dosa dan maksiat mereka, maka ia akan menyeliputi hati-hati mereka.

Sesungguhnya dalam hati manusia beriman ini ada satu ilham atau penasihat yang Allah kurniakan, agar menasihati kita daripada melakukan maksiat.


 

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu hadis yang penuh dengan analogi, apabila seorang insan cuba membuka langsir yang menutupi sebuah pintu terbuka, seorang penyeru akan berkata:

وَيْحَكَ لاَ تَفْتَحْهُ ، فَإِنَّكَ إِنْ تَفْتَحْهُ تَلِجْهُ 

Celaka kau! Jangan kau buka langsir itu! Sesungguhnya apabila engkau buka, engkau akan memasuki (pintu yang terbuka itu). 

Apakah pintu yang terbuka itu?

Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis itu:

وَالأَبْوَابُ الْمُفَتَّحَةُ : مَحَارِمُ اللهِ 

Pintu-pintu yang terbuka itu adalah perkara yang Allah haramkan.

Lalu siapa pula penyeru yang berkata celaka tadi?

Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

وَاعِظُ اللهِ فِي قَلْبِ كُلِّ مُسْلِمٍ

Ia merupakan pensihat daripada Allah dalam hati setiap Muslim.

(petikan daripada sepotong hadis panjang berkaitan maksud al-Siroth al-Mustaqim.) [Musnad Ahmad, Hadis an-Nawas bin Sam;an,, hadis no: 17784. Shaikh Syu’aib berkata: Hadis sahih, sanadnya hasan]

Tanyalah diri kita, adakah kita masih ada penasihat  di dalam diri yang menyebabkan hati kita rasa bersalah tatkala melakukan maksiat, atau ia sudah lenyap kerana diselaputi kehitaman dosa yang berterusan.

Semoga Allah bantu kita semua 🙂

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli

 

Back To Top