skip to Main Content

Panduan Asas Khutbah Aidilfitri

Secara asasnya, syarat khutbah hari raya adalah sebagaimana khutbah Jumaat iaitu:

  1. Khatib hendaklah berdiri jika mampu.
  2. Di antara 2 khutbah diselangi dengan duduk. Bagi mereka yang tidak mampu berdiri boleh membaca dalam keadaan duduk. hendaklah diam seketika selepas habis khutbah pertama.
  3. Khutbah hari raya dibaca selepas solat hari raya. Selepas solat raya ye, jangan silap.
  4. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar.
  5. Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
  6. Berturut-turut di antara khutbah pertama dan kedua (maksudnya tidak ada jarak waktu yang terlalu panjang di antara 2 khutbah.

 

Rukun Khutbah

Khutbah pertama :

  • Memuji Allah dengan mengucap Alhamdulillah“.
  • Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.
  • Berpesan kepada makmum untuk bertakwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Membaca Satu 1 potong ayat Al-Quran yang lengkap; contohnya membaca Surah al-Ikhlas :

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ  ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ  ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ  ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ  ٤

*Setelah habis khutbah pertama khatib perlu duduk sekejap.

Khutbah Kedua

  • Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah”.
  • Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.
  • Berpesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Membaca 1 potong ayat al-Qur’an yang lengkap. Contohnya:

وَٱلۡعَصۡرِ  ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ  ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ  ٣

 

  • Membaca doa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam; “Ya Allah selamatkan kami daripada wabak COVID-19 yang melanda negara. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.

 

*Disunatkan bertakbir membaca “Allahu Akbar” sebanyak 7 kali di awal khutbah pertama
*
Dan takbir 5 kali Allahu Akbar” pada awal khutbah kedua
.

 

Disediakan oleh : team MengajiOnline.com

Back To Top