skip to Main Content

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

.

أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجَزَ فِي الدُّعَاءِ،

Manusia yang paling lemah ialah yang tidak mampu berdoa.

.

وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلَامِ

Manusia yang paling kedekut, ialah yang kedekut daripada memberi salam.

[Riwayat al-Thabarani, Al-Mu’jam Al-Awsat, no: 5591, Al-Albani menyatakan ia sahih].

.

Mereka yang tidak mahu berdoa dianggap manusia yang paling lemah kerana doa adalah perkara yang mudah dilakukan ketika manusia ditimpa kesusahan. Mereka yang enggan berdoa telah meninggalkan arahan Allah dan menjemput kemurkaan Allah.

 

.

Mereka yang enggan memberi salam pula adalah manusia paling kedekut kerana ucapan salam tidak ada sebarang kos pun untuk diucapkan, dan tak mengurangkan apa-apa pun daripada diri pemberi salam. Manusia yang enggan memberi salam telah menahan dirinya daripada memberikan sesuatu yang telah Allah arahkan untuk diberikan@diucapkan kepada manusia lain. [Rujuk: Al-Munawi, Faidhul Qadir, 1:710].

.

Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top