skip to Main Content

 

Nas di bawah ada beberapa perkara penting:

1- Adalah menjadikan kesalahan jika seorang guru mengatakan kepada muridnya : ” jika ingin tebalkan huruf, muncungkan seakan ingin mencium. Dan jika engkau ingin nipiskan, seakan akan engkau ketawa atau senyum”.

2- Di kalangan pembaca, ada yang bacaannya menjadikan manusia ketawa kerana sikap pelampauannya(pada sebutan). Golongan yang keterlaluan dalam sebutan ini boleh dipanggil muta’assif ’ مُتَعَسِّفٌ . Boleh juga disebut mutakallif مُتَكَلِفٌ .

 


 

3- Tidak boleh takalluf (memberati diri) dalam pembacaan. Bacalah dengan sopan dan ringan. Dalilnya ayat 17 Surah Al Qamar.

🔸Al Jami’ Al Kabir Fi ilm at Tajwid karangan Syeikh Nabil Abdul Hamid. Kitab ini diberi kata aluan Oleh Al Marhum Syeikh Rizq Khalil Habbah, ketua Ulama’ Al Quran Mesir zamannya. Dan dipuji oleh Al Marhum Syeikh Abdul Hakim Abdul Latif, Syeikh ِAl Muqri’ Masjid Al Azhar dan antara pemilik sanad Al Quran tertinggi di dunia pada zamannya.

 


Sumber : Ustaz Hanif Azmir Hassim

Back To Top