skip to Main Content
Perlukan bantuan? Hubungi MO support kami segera..

Tukar bahasa:

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ ‏”‌‏.‏

Apabila masuknya bulan Ramadhan, pintu-pintu langit akan terbuka, pintu-pintu neraka akan tertutup, syaitan-syaitan akan dirantai.

[Muttafaq ‘Alaih; Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, no:1899, Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, no: 1079]

Banyaklah huraian ulama pasal ni.

 

 

Tetapi penutup Imam Ibnu Hajar lepas bawakan perbahasan maksud hadis tu sangat penting untuk kita ingati:

في تصفيد الشياطين في رمضان إشارة إلى رفع عذر المكلف كأنه يقال له : قد كفت الشياطين عنك فلا تعتل بهم في ترك الطاعة ولا فعل المعصية .

Diikatnya syaitan dalam bulan Ramadhan, ia seolah-olah satu isyarat kepada terangkatnya uzur daripada manusia yang mukallaf. Seolah-olah dikatakan kepada mereka: Sesungguhnya syaitan telah ditahan daripada engkau, janganlah engkau menyalahkan mereka apabila engkau meninggalkan ketaatan dan melakukan kemaksiatan.

[Fathul Bari].


Sumber: Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top